25 Januari 2011, tarikh berlakunya protes besar-besaran oelh rakyat negara Mesir..bagi mereka yang menonton berita, pastinya ini telah dipaparkan di tv, akhbar , dsb.
Sehingga 29 Januari, dianggarkan 105 orang telah terkorban bersama-sama dengan 10 anggota polis. Manakala 750 lagi anggota polis dan 1500 penunjuk perasaan pula dilaporkan cedera.
Sewaktu aku menonton berita ini di kaca tv, terdengar seorang budak berkata, "Kenapa dorang berkumpul begitu, merusuh macam orang gila?"
Dan dijawab pula oleh ibubapa, "Dunia sekarang semakin teruk...Di mana-mana pun ada kacau bilau"
Aku tersenyum. Tersenyum tanpa mengeluarkan sebarang kata-kata kerana aku belum mengetahui apa punca, dan bagaimana hal ini boleh berlaku di Mesir. Bercakap biarlah guna otak. Fikir dahulu. Kalau cakap sembarangan ikut hati, akibatnya nanti, pandai-pandai la tanggung sendiri... Jangan pulak komplen lepas tu. Dan memberi alasan yang tidak logik diakal.. Kalau budak tu, tidak kisah ar... Apa la dia tau sangat, UPSR pun belum tentu lagi lepas, inikan pulak yg telah amik SPM, dan melanjutkan pelajaran ke menara gading? Be responsible with your own words. Dan sebarang fakta-fakta yang aku kongsikan di sini adalah hasil rujukan dan aku sertakan rujukan tersebut. Teruskan membaca jika anda seorang yang prihatin dengan keadaan semasa dan menyokong hak samarata serta hak asasi manusia.
Ok, persoalan normal yang pasti menerjah minda kita adalah Bagaimana hal ini berlaku? Apa puncanya? Siapa yang menjadi pemangsa dan siapa pula mangsa?
Daripada yang aku baca, punca-punca relevan yang aku dapati:
- Salahguna kuasa (polis)
- Ketiadaan pekerjaan
- sekatan kebebasan bersuara
- Gaji minima yang sangat rendah
- inflasi makanan yang sgt tinggi
- korupsi
- pengeboman gereja Alexandria
Jika dilihat pada punca-punca yg aku senaraikan tu... cuba kamu lihat betul-betul.... ada berapa banyak dah berlaku di sini? Ada atau tidak?
Sejak beberapa dekad, Mesir telah menjadi negara "Yang kaya semakin kaya, yang miskin semakin miskin" berkadar terus dengan masa. Ini lah masalahnya apabila korupsi berkuasa, hanya mereka dan di kalangan mereka yang berkepentingan sahaja yang hidup senang, manakala selainnya dihimpit dengan kemiskinan. Mereka hanya memikirkan kesenangan untuk mereka sendiri dengan memerah keringat dan wang daripada orang bawahan, rakyat jelata biasa.... menaikkan harga makanan.. inflasi makanan meningkat (konsep inflasi akan aku kongsikan), peluang pekerjaan ditutup, tiada lagi istilah perniagaan persendirian. Di mana mahu dapatkan duit? Untuk makan, untuk hidup.. terdapat kenyataan salah seorang penunjuk perasaan, bahawa amat sukar untuk mendapatkan makanan untuk sehari, apatah lagi untuk keesokannya.. rakyat terpaksa bergantung dengan makanan subsidi, tapi, adakah semuanya dapat menikmatinya?
Kebebasan bersuara juga disekat. Aktivis politik pembangkang ditangkap, dipenjara tanpa perbicaraan. dan tanpa menetapkan tempoh penahanan. Bunyinya macam ada berlaku di negara lain...tapi di mana agaknya? dan pada 28 Januari, semua akses internet telah disekat oleh kerajaan. sekat habis. dan talian perkhidmatan telefon turut ditutup di majoriti kawasan di negara tersebut. Namun, ada aktivis yang berjaya menggunakan pendekatan alternatif bagi memaparkan video-video yang berkaitan dengan protes tersebut.
Pada awal tahun 2011, sebuah gereja telah diletupkan. Penganut Kristian membuat protes sejurus selepas insiden itu, dan diikuti oleh penganut Muslim juga mengutuk pengeboman yang dilakukan.
Apa yang aku kongsikan di sini hanyalah sebahagian kecil yang mampu aku taip di awal pagi ini... aku tahan lagi main DoTA daripada menaip....huhu. Di Mesir, protes dilakukan oleh rakyat yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan sedia ada. Rakyat yang pelbagai agama, Islam, Kristian mahupun atheist , bersatu-padu dalam menuntut hak mereka sebagai rakyat. Pegi rujuk Hak Asasi Manusia untuk kerajaan sebagai rujukan.
- Dianggarkan seorang rakyat biasa hanya mampu mendapatkan 2 dollar sehari untuk belanja makan. 2dollar tu kira nasib baik la dapat..itu untuk mereka yg bernasib baik dapat kerja.
- inflasi, dari segi pemahaman aku adalah kuasa membeli. klu mengikut kata encik wiki pulak, "Inflasi juga boleh merujuk kepada peningkatan harga untuk barangan atau perkhidmatan tertentu tanpa kenaikan gaji". Kalau tidak faham lagi, aku bagi contoh, katakan la 10 tahun lepas, RM300 boleh beli barang keperluan rumah untuk 4orang sebulan. Pada tahun ni, RM300 boleh beli barang keperluan rumah 4orang untuk 2minggu. Dan 10tahun kemudian, RM300 hanya boleh beli brang keperluan rumah 4orang untuk 1 minggu. Tapi gaji tetap sama , beza sikit ja mungkin..Nampak kesannya? Kuasa membeli/berbelanja semakin rendah apabila inflasi semakin meningkat berkadar dengan masa. Mahu lebih lanjut, tanya mereka-mereka yang ada ilmu ekonomi, aku ni tau apa la sangat...ahaha
- Berdasarkan Corruption Perception Index, Mesir di tangga 98 di antara 178 negara, dengan markah CPI 3.1, manakala negara kita di tangga ke 56 dengan markah 4.4... untuk tahun 2010. (markah maksima adalah 10 yg dianggap paling bersih, dan 0 paling korupsi) so kira kita masih ok la juga...jiran kita Singapore di tangga pertama dengan markah 9.3...
- ini adalah post yang terbuka untuk perbincangan, jika ada sebarang percanggahan dengan fakta sedia ada, sila beritahu aku dan kita betulkan sama-sama. sebarang pertanyaan juga boleh diajukan. Ceh, macam la aku ni tau sangat....hehe
http://www.youtube.com/watch?v=ThvBJMzmSZI&feature=autofb
Sumber yang aku baca:
- http://en.wikipedia.org/wiki/2011_Egyptian_protests
- http://en.wikipedia.org/wiki/Hosni_Mubarak
- http://www.bbc.co.uk/news/world-africa-12289475
- http://www.google.com/hostednews/ap/article/ALeqM5hZn6PwZTOWGUsXAdssLmSEjoMGHQ?docId=c431206ee05b4901bdf962c8a4a1b758
- http://wikileaks.ch/reldate/2011-01-28_0.html
- http://en.wikipedia.org/wiki/Corruption_Perceptions_Index
- http://ms.wikipedia.org/wiki/Inflasi
- http://news.bostonherald.com/news/regional/view/20110129around_200_gather_in_harvard_square_for_egypt_protest/
- dah... jangan mau kutuk wiki... sila akui wiki adalah sangat berguna... especially wikileaks! x reliable la konon x valid la konon, at least dorang pny team ada usaha mau share maklumat dengan dunia.. kepada yang pengutuk wiki, sila refleksi diri, apa yang telah anda lakukan selama ini?
- Kalau mau tengok gambar-gambar berkaitan serta cerita sedikit, sila ke url ini http://totallycoolpix.com/2011/01/the-egypt-protests/
- links rujukan di sini aku remove hyperlink dia, sebab nanti buleh kena trace pulak... aku ni publish link dorang tanpa kebenaran ni... jangan repot ar...hehe..
1 comments:
pergghh....siap ada sumber rujukan lagi tu....mantap la...mmg AR abis...haha
Post a Comment